Satu detik kita berkenalan.. Satu jam kita berteman.. Satu hari kita saling bersahabat.. Satu minggu kita saling percaya.. Satu bulan kita saling mengerti... Satu tahun kita saling mencintai dan menyayangi

Selamat datang!!


Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan.

Wednesday, 28 December 2011

CINTA, BUTAKAH?

Assalamualaikum...

       Hari ni Cik Chenta nak cite tentang CINTA.. Apa itu CINTA? Ramai yang kata CINTA itu keperluan, keutamaan, kesetiaan dan mcm2 lagi... Ade gak yang kata CINTA itu buta, tapi kat sini Cik Chenta nak jelaskan CINTA itu tak buta sebab kalau CINTA itu buta, macam mana pasangan tu nak kenal satu sama lain. Haaa, sebab CINTA itu buta lah ramai yang kecundang di tengah jalan. Mana tak nyakan, masa mula2 kenal terus je ckp "Kau terlalu indah dan aku telah jatuh cinta pada kau, sudikah kau menjadi peneman hidupku?" haishhhh, memang tangkap leleh abes... Dek kerana dah dapat pujian melambung so ape lagi, couple lah mereka.... Tapi sampai bila?? Adakah selamanya? Mungkin tidak selamanya sebab masa mula2 kenal tak kenal lagi hati budi si dia tu macam mna? harapkan muka je cun or ensem tapi hati macam hampeh... So tak ke itu dinamakan CINTA itu buta?? Kerana CINTA mata DIBUTAKAN untuk menilai seseorang... Bila dah kenal hati budi si dia tu macam mana barulah tahu yang CINTA itu tak buta sebenarnya... Masa tu jangan nak ungkitlah, dulu lain sekarang lain kan? Dulu tak kenal, sekarang dah kenal...  Maka akan wujud lah statement kat FB, Twitter, Friendster dll "Aku menyesal kerana kenal dengan kau, sanggup kau tipu aku. Sebelum ni kau cakap, akulah segala-galanya.. Tapi sekarang?? Ahhh, aku benci insan bergelar LELAKI/WANITA" Tengok, kerana seorang insan, semua kena tempiasnya.... Tulah lain kali jangan suka2 hati je terima seseorang tu tanpa kenal hati budinya.. CINTA itu tak buta, tapi kita yang membutakan CINTA itu.. okeh....

****SEKIAN****

Saturday, 17 December 2011

Apa nak jadi sampai sekarang tak kawen lagi...

Assalamualaikum...

Dah lama tak menulis kat sini, malas sangat2 nak menaip.. huhu..
Sekarang ni nak meluahkan ape yang di rasa... hihi
Apa lagi ye....... jeng3

# Menjadi seorang anak, dah..
#Menjadi seorang kakak, dah..
#Menjadi seorang cucu, dah...
#Menjadi seorang kekasih, sedang...
#Menjadi seorang isteri, belum tau lagi..
#Menjadi seorang ibu, jauhnya lagi...
#Menjadi seorang nenek, awww lagi jauh....

Kadang2 terfikir gak... # Sudahkan diri ini menjadi yang terbaik untuk diri ini.. hmmmmm... (pandang langit sambil fikir2... huhu


*******SEKIAN******



Thursday, 8 December 2011

Just try...

Gadis bernama Farah Liyana

“Hari ini genap 24 tahun usiaku. Aku amat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus hidup di muka bumi Allah ini. Ya Allah, aku memohon segala petunjuk dariMU untuk terus hidup. Aku sudah tidak cukup kuat untuk meneruskan lagi kehidupan ini, kadang-kadang aku berasa amat lemah. Ya Allah kepadaMU aku berserah, kepadaMU juga aku memohon kekuatan dan petunjuk. Amin” usai berdoa dan mengemas telekung yang digunakan, Farah Liyana kembali menyambung menjahit pakaian yang tertangguh tadi. Begitulah kehidupan seorang gadis yang bernama Farah Liyana, yang bekerja mengambil upah menjahit pakaian bagi membantu ibunya untuk meneruskan kehidupan mereka sekeluarga. Ibunya merupakan seorang penjual kuih dan nasi lemak. Di sebelah pagi Farah Liyana akan membantu ibunya di gerai, manakala di sebelah petang Farah Liyana akan meneruskan menjahit pakaian pelanggannya.
“Farah, kenapa mak tengok kamu ni macam kurang sihat saja akhir-akhir ni. Kamu demam ke?” Soal ibunya yang sedar akan perubahan anak sulungnya itu. “Mak, Farah ok saja. Sihat walafiat, mak jangan risau ya” Farah Liyana sedaya mungkin menceriakan wajahnya untuk menggelakkan ibunya mengetahui apa yang telah dilaluinya selama ini. “Tadi Atira telefon mak, dia minta duit belanja. Katanya, duit yang kita kirimkan bulan lepas dah habis” sayu suara ibunya menyampaikan hasrat adiknya itu. “Takpe mak, nanti Farah pergi ‘bank in’ kan duit untuk Atira ye. Mak janganlah sedih-sedih macam ni, Atira kan belajar dekat sana. Kita mesti bagi sokongan dekat dia mak, mungkin dia nak beli buku rujukan dan buku latihan. Lagipun, belajar dekat universiti tu bukannya senang mak. Kalau tak cukup buku rujukan, memang susah nak belajar” jawab Farah lembut sambil memeluk erat ibunya. “Mak, Farah sayang mak dan Atira. Farah nak mak dan Atira hidup bahagia ye mak” bisik Farah sayu sambil ibunya membalas pelukkan Farah Liyana.
Hal yang sebaliknya di kampus tempat Atira Liyana menuntut ilmu. “Weh Tira, kau pe cer ni? Jadi ke tidak ikut kitaorang naik Genting hujung minggu ni?” soal Fatin rakan sebilik Atira Liyana. “Jadilah, kau janganlah mengelabah. Aku dah mintak duit kat mak aku semalam, esok kakak aku ‘bank in’ kan. So, aku comfirm la pergi” balas Atira Liyana. “Wah, untung ye jadi kau. Tak cukup duit ja minta kat kampung. Eh, kakak kau kerja apa ye? Senang-senang je kau mintak duit dekat dia?” Fatin berasa kagum dengan Atira Liyana kerana kakaknya sentiasa akan menghulurkan duit kepada Atira Liyana walaupun Atira Liyana sering membohongi kakaknya yang konon tidak cukup duit untuk membeli buku rujukan dan buku latihan. “Kau tak payah banyak tanya lah kakak aku kerja apa, yang penting tiap-tiap bulan dia masukkan duit kat aku” Atira Liyana cuba mengelak daripada menjawab soalan tersebut. “Oklah, aku tak tanya lagi” Fatin mengalah.
“Cik Farah, saya harap Cik Farah dapat terima apa yang ingin saya perkatakan. Setelah menjalankan pemeriksaan terhadap Cik Farah, saya dapati Cik Farah menghidap Lukimia. Lukimia ini merupakan penyakit yang mempunyai lebihan darah putih dan sel-sel darah putih akan memakan sel-sel darah merah Cik Farah. Tapi Cik Farah jangan bimbang kerana penyakit Cik Farah ini masih di tahap awal. Cik Farah masih berpeluang untuk mengubatinya dengan memakan ubat mengikut masa yang ditetapkan. Sekiranya Cik Farah tidak mengikut saranan saya, penyakit Cik Farah ini akan mencapai tahap bahaya di mana Cik Farah akan kehilangan nyawa Cik Farah sendiri” jelas Doktor Muhammad kepada Farah Liyana yang hanya mampu menangis mengenang nasib yang bakal terjadi pada masa akan datang.
“Farah!!!” jerit Balqis. “Ish kau ni Balqis, kenapa menjerit? Sakit telinga aku tau tak?” balas Farah Liyana. “Tau pun sakit telinga, tadi aku panggil kau banyak kali tapi kau dok sedap mengelamun. Kau teringatkan siapa ha?” duga Balqis sambil tergelak kecil. “Jangan nak merepek ye, aku cuma teringatkan peristiwa 3 tahun lepas” Balqis sudah melopongkan mulutnya untuk mendengar cerita selanjutnya dari Farah Liyana, tetapi Farah hanya berhenti setakat itu sahaja. “Woi, apa ni? Cerita la habis-habis, tak seronok la cerita sekerat jalan macam ni” Balqis tidak puas hati, Farah Liyana hanya menggelengkan kepala melihat riak muka tidak puas hati yang ditunjukkan oleh Balqis. Balqis merupakan sahabat baik Farah Liyana semenjak mereka di bangku sekolah lagi. Balqis juga merupakan seorang pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Jurusan Perakaunan di salah sebuah universiti tempatan. Jika bukan masalah kesihatan yang menganggu Farah Liyana, jurusan yang sama juga akan diceburinya 3 tahun lepas. Farah Liyana terpaksa membohongi ibunya dengan mengatakan dia tidak layak menyambung pelajaran ke universiti, ibunya yang berasa hairan kerana keputusan STPM Farah Liyana cukup cemerlang untuk melayakkan Farah Liyana menyambung pelajaran ke universiti terpaksa akur dengan ketentuan Illahi. “ Takpe lah mak, Farah boleh temankan mak kat kampung ni kan. Nanti Farah akan masuk kursus menjahit baju dan Farah akan ambil upah menjahit nanti. Farah boleh tolong mak kan, takde lah mak kerja sorang-sorang nanti” pujuk Farah Liyana.
“Balqis, kalau aku dah takde nanti kau tolong tengokkan mak aku ye. Kau datanglah jenguk dia sebulan sekali ke, aku kesian dekat mak aku tu tambah-tambah Atira belum habis belajar lagi” Farah Liyana cuba menyampaikan pesan kepada Balqis namun Balqis hanya menganggapnya sebagai sebuah gurauan. “Aku tak gurau lah Balqis, ini serius. Kau pun dengar apa yang doktor tu cakap 3 tahun lepas kan?” sambung Farah Liyana. “Farah, aku tahu kau kuat. Kau mampu untuk tempuhi semua ni, lagipun kau makan ubatkan? Doktor tu cakap kalau kau makan ubat, penyakit tu akan pulih kan?” Balqis inginkan kepastian samada Farah Liyana mengikut saranan doktor itu atau tidak. Farah Liyana hanya menggelengkan kepalanya, “aku dah berhenti makan ubat setengah tahun yang lepas, aku tak nak mak aku tau yang aku tengah sakit. Aku nak mak aku nampak aku seorang yang kuat, kalau aku makan ubat, nanti mak aku akan tanya macam-macam dan aku taknak mak aku risaukan aku. Biarlah aku melalui semua keperitan tu sendiri”. “Kau tak boleh lah macam ni Farah, kau tak sayang mak kau ke? Kita pergi hospital ambil ubat nak?” pujuk Balqis. “Sebab aku sayang mak aku lah aku tak nak dia tahu penderitaan aku selama ni. Pergi hospital pun tak guna Qis, ubat yang hospital bagi tu pun hanya untuk melenggahkan penyakit aku ni saja. Biarlah Qis, ajal maut di tangan Allah. Aku hanya berserah kepadaNYA. Qis nanti kau tolong bagi surat ni pada mak aku ye, bila aku dah tiada nanti” tenang sahaja wajah Farah Liyana yang seakan sudah pasrah dengan apa yang menimpa dirinya. Balqis mula sebak apabila mengenangkan bahawa dia akan kehilangan sahabat karibnya itu pada bila-bila masa sahaja. “Farah, aku sayang kau. Kaulah sahabat karib aku dunia dan akhirat” Balqis memeluk erat tubuh Farah Liyana. “Balqis, janganlah macam ni. Aku ada bersama kau lagi sekarang ni kan. Aku pun sayang kau” pujuk Farah Liyana.
Berita Farah Liyana pengsan di gerai ibunya pagi tadi telah sampai ke telinga Balqis yang kini berada di kampus. Balqis berasa amat terkejut dengan berita yang disampaikan oleh ibunya itu, ‘adakah secepat ini KAU mahu mengambil kawanku YA ALLAH’. Baru seminggu lepas mereka bersuka ria bersama semasa Balqis pulang bercuti semester di kampungnya. Balqis terpaksa tidak pergi ke kuliah semata-mata mahu pulang ke kampung untuk melihat keadaan sahabatnya itu. Walaupun telah dihalang oleh ibunya, “Qis, kamu tak payah balik kampung lah. Farah tu demam je, sebab tu pengsan. Mak si Farah yang bagitahu mak tadi. Kamu pergi je kuliah tu, kuliah tu untuk masa depan kamu kan.” Balqis tetap mahu pulang ke kampung, menurut firasatnya Farah Liyana bukan demam biasa.
Setibanya di hospital “makcik, Farah mana? Dia dah sedar ke? Doktor cakap apa” soal Balqis bertalu-talu kepada ibu Farah Liyana yang sedang asyik menangis. “Farah ada dekat dalam bilik tu, dia masih tak sedarkan diri. Doktor tak benarkan sesiapa pun masuk dalam bilik tu, mereka hanya benarkan kita melihat Farah dari cermin kaca ni saja. Makcik sedih sangat sebab makcik sebagai ibunya pun tak dibenarkan masuk, apa lah salahnya kalau makcik nak temankan Farah. Kesian Farah sorang-sorang kat dalam tu” tersedu-sedu ibu Farah Liyana meluahkan apa yang terbuku di hatinya semenjak tadi. “Makcik sabar ye, saya tahu Farah cukup kuat untuk tempuhi semua ni” pujuk Balqis. “Farah tu demam biasa saje, kenapa mereka letak dia dalam bilik tu?” sambung ibu Farah Liyana lagi. “Makcik, sebenarnya Farah……” tiba-tiba Balqis teringat pesanan Farah Liyana minggu lepas, “kau jangan bagitahu mak aku pasal penyakit aku ye, aku taknak dia susah hati nanti. Biarlah mak aku tahu semua penderitaan yang aku lalui selama ni melalui surat ni, kau bagi surat ni pada mak aku selepas pengkebumian aku nanti ye. Aku percayakan kau Balqis, kau sahabat aku dunia dan akhirat”. Balqis hanya mampu menangis tanpa menyambung kata-katanya dan berlari ke tandas bagi mengelakkan ibu Farah Liyana mengetahui perkara sebenar.
“Assalamualaikum, Tira bila nak balik kampung? Kakak masuk hospital ni. Dah dua hari koma, Tira balik jengkuk kakak ye sayang” sebak ibunya menyampaikan keadaan Farah Liyana kepada Atira Liyana. “Waalaikumussalam, Tira sibuk lah mak. Peperiksaan dah dekat ni, Tira kena ulangkaji lagi, buat kertas kerja lagi, banyak hal lah mak. Tira tak boleh balik, lagipun duit tambang takda nak balik. Kakak sakit apa mak?” pelbagai alasan yang dicipta Atira. “Kakak demam panas, dah dua hari tak sedarkan diri ni. Mak risau sangat, dah dua hari mak tak berniaga kuih ni” luah ibunya. “Mak tak payah risaulah, esok lusa kakak sedar lah tu. Lagipun dekat hospital tu kan ada doktor dan jururawat yang boleh tengokkan kakak. Mak pergi ja berniaga tu, kalau mak tak berniaga mana nak dapat duit kan? Oklah mak, Atira banyak kerja ni. Kalau ada apa-apa nanti mak bagitau Atira k. Assalamualaikum mak.” Tanpa sempat ibunya menjawab salam, talian telefon telah dimatikan. “Waalaikumussalam, Kamu sangat berbeza dari kakak kamu Atira, kakak kamu sangat baik dan sangat sopan dalam berbicara” keluh ibunya.
Selepas 5 hari koma, barulah Farah Liyana sedarkan diri. Sekali lagi Balqis datang melawat, “Farah, macam mana keadaan kau sekarang? Apa yang kau rasa sekarang?” soal Balqis. “Kau ni dah macam polis pulak aku tengok, aku ok saja lah. Aku pening pagi tadi, tu yang rasa macam nak pitam tu” Farah Liyana cuba menceriakan keadaan. “Apa Farah? Pagi tadi? Farah, kau tahu tak dah 5 hari kau koma dekat hospital ni. Bukannya pagi tadi atau semalam kau pengsan, tapi 5 hari lepas” Balqis cuba memberitahu Farah Liyana tentang keadaan yang sebenar. Farah Liyana sangat terkejut dan tidak menyangka bahawa selama 5 hari dia telah koma, “mak aku mana? Dia dah tahu ke aku sakit apa? Doktor dah bagitahu mak aku ke Balqis” soal Farah Liyana cemas. “Mak kau baru je balik rumah, aku yang suruh dia balik. Kesian aku tengok dia 5 hari duduk sini jaga kau. Gerai dia pun dah tak buka-buka, orang kampung asyik bertanya bila mak kau nak mula berniaga balik. Semua rindukan nasi lemak mak kau, semua orang kampung pakat mengidam nasi lemak mak kau tahu tak?” Farah Liyana tergelak kecil mendengar gurauan Balqis itu. “Yeay, kau dah mula ketawa. Maksudnya kau dah semakin sihat lah kan, kau nak tengok tak gambar kau masa kau koma dulu. Banyak tau aku rakam, bukan saja gambar, video pun ada tau” cadang Balqis sambil mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya. Mereka berdua ketawa gembira melihat apa yang dirakamkan oleh Balqis pada 5 hari lepas semasa hari pertama Farah Liyana dimasukkan ke hospital ini.
Sebulan berlalu, namum apa yang diperkatakan oleh doktor semasa Farah Liyana berada di dalam wad masih terngiang-ngiang di telinganya. Menurut pihak hospital, penyakit Farah Liyana sudah mencapai tahap akhir, iaitu tahap bahaya. Sel-sel darah putih Farah Liyana semakin banyak dan sel-sel darah merah semakin berkurang, badan Farah Liyana akan menjadi semakin lemah dan rambutnya pula semakin gugur menipis. Farah Liyana terpaksa sentiasa mengikat rambutnya bagi mengelakkan ibunya sedar akan perubahan rambutnya itu. “Mak, lepas ni kalau ada orang kampung nak tempah baju, mak tak payah ambil tempahan tu ye. Farah rasa macam nak berhenti menjahit lah mak, Farah nak tolong mak dekat gerai” dalih Farah Liyana. “Terpulang kamu lah Farah, mak ikut kan saja. Mak lagi suka kalau kamu tolong mak dekat gerai tu, takda lah mak kerja sorang-sorang dekat gerai kamu pula kerja sorang-sorang dekat rumah. Kalau apa-apa jadi dekat kamu nanti, senang mak ada je” sambut ibunya. “Farah sihat mak, tak kan ada apa-apa jadi dekat Farah lagi mak. Mak jangan risau ye” balas Farah, pada masa yang sama ibunya mengusap rambut Farah dan mendapati beberapa helai rambut Farah terlekat di jarinya. “Kenapa rambut kamu banyak gugur ni Farah?” soal ibunya cemas. Farah terkejut dengan apa yang dilakukan oleh ibunya sebentar itu tadi sambil cuba mencari alasan yang kukuh, “syampoo tu mak, Farah kan baru tukar syampoo rambut. Sebab tu rambut Farah banyak gugur, kulit kepala Farah tak tahan dengan bahan kimia syampoo tu kot. Takpelah mak, nanti Farah tukar syampoo rambut yang lama balik lah. Mak jangan risau ye.”  Ibunya hanya menganggukkan kepala tanda setuju.
Selang dua bulan selepas kejadian itu, sekali lagi Farah Liyana pengsan dan koma. Pada ketika ini, doktor sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana tubuh Farah Liyana semakin lemah dan sel-sel darah putihnya sudah memenuhi di segenap ruang tubuhnya. Farah Liyana sudah tidak dapat diselamatkan lagi, pihak hospital terpaksa memberitahu perkara sebenar kepada ibu Farah Liyana. “Saya harap puan dapat bersabar dengan ketentuan Illahi, Farah seorang gadis yang kuat dan berdikari. Sebenarnya, sudah 3 tahun Farah mendapat penyakit ini dan kebetulan sayalah doktor yang merawatnya 3 tahun dulu semasa penyakitnya ini masih di tahap awal. Saya ada mencadangkan supaya Farah mengambil ubat mengikut masa yang ditetapkan, tetapi menurut sahabatnya, Farah sudah satu tahun tidak mengambil ubat seperti yang saya syorkan. Hal ini menyebabkan sel-sel darah putih beliau semakin cepat merebak. Bersabarlah ya puan, setiap yang berlaku ada hikmahnya” nasihat doktor Muhammad kepada ibu Farah Liyana yang sudah kekeringan air mata untuk menangis lagi. Ibunya sudah tidak mampu lagi untuk menangis mengenangkan penderitaan anaknya selama ini. Ibunya juga berasal kesal kerana tidak mengetahui perkara ini terlebih dahulu. “Farah, kenapa buat mak macam ni sayang? Mak mana yang sanggup melihat anaknya pergi dahulu sebelum dirinya. Farah, andai boleh mak bertukar nyawa dengan kamu, mak sanggup sayang” bisik ibu Farah Liyana di telinganya.
Tanggal 11 Ogos 2011 bersamaan 11 Ramadhan 1432, tiada lagi gadis yang bernama Farah Liyana. Farah Liyana telah dahulu dijemput Maha Penciptanya. Semua tetamu yang hadir bagi melihat wajah terakhir Farah Liyana sebelum dikapankan turut menahan sebak. Sebak mengenangkan gadis yang tampah bersemangat dan kuat itu sebenarnya menyimpan seribu satu penderitaan selama ini. Balqis masih setia membacakan surah Yassin di sisi jenazah sahabat karibnya itu. Selesai sudah majlis bacaan Talkin, Balqis segera menghulurkan surat yang diamanahkan oleh Farah Liyana dahulu. “Makcik, ini surat terakhir Farah Liyana untuk makcik. Maafkan saya makcik kerana tidak memberitahu makcik perkara sebenar dari awal lagi” ucap Balqis teresa-esak. Ibu Farah Liyana mengambil surat tersebut dan membaca setiap tulisan anaknya itu satu-persatu.


Assalamualaikum Mak,
Mak apa khabar? Farah harap mak sentiasa sihat. Mak, terlebih dahulu Farah nak minta maaf dan minta halal makan minum Farah selama ni. Farah banyak tipu mak, tapi Farah bukan sengaja. Farah Cuma tak nak mak susah hati je, sebab Farah sayang mak. Mak, Farah pernah bagitahu mak yang Farah tak layak masuk universiti, tapi sebenarnya kan mak, Farah dapat peluang tu sama macam Balqis. Tetapi dengan adanya penyakit Farah ni, Farah terpaksa bagitahu mak yang Farah tak layak sebab Farah nak menghabiskan sisa-sisa hidup Farah bersama mak.
Mak, sebenarnya Farah takda niat pun nak rahsia-rahsia tentang penyakit ni dari mak. Tapi Farah tahu, mak dapat rasakan yang Farah kurang sihat kan mak? Mak ingat lagi tak masa yang mak tegur kenapa Farah nampak pucat dulu, tapi Farah tipu mak. Farah cakap Frah sihat. Sebenarnya kan mak, masa tu dada Farah ni rasa dicucuk-cucuk sakitnya. Tapi sebab mak, Farah berlakon tunjuk kuat. Farah tak nak susahkan hati mak, cukuplah Farah dah susahkan mak masa Farah kecil-kecil dulu.
Mak, Farah sayang sangat dengan mak. Kalau boleh Farah nak sangat sentiasa ada dekat dengan mak. Sebab tulah, Farah pernah pesan dekat mak supaya jangan ambil tempahan baju lagi. Tapi Farah tipu mak kononya Farah dah tak minat menjahit dan nak tolong mak dekat gerai. Sebenarnya, Farah mengharapkan dapat menghabiskan masa setiap saat bersama mak. Alhamdullillah, sampai ke akhirnya mak sentiasa bersama Farah.
Mak, selepas Farah tiada nanti, mak jangan sedih-sedih ye. Mak buat je macam tiada apa-apa yang berlaku, mak anggap je yang Farah sentiasa ada dengan mak. Farah taknak tengok mak sedih-sedih sebab Farah sayang mak. Walaupun Farah bukan anak yang terbaik tapi Farah tahu, mak tetap sayang Farah kan?
Mak, tolong cakap pada adik yang Farah sayang adik dan tolong pesan pada adik, belajarlah elok-elok dan jangan sia-siakan harapan yang keluarga bagi pada dia. Farah tahu apa yang adik buat selama ni mak, Farah juga tahu kemana adik selalu pergi. Tapi sebab adik adalah harapan mak, jadi Farah tetap beri sokongan pada adik.
Mak, hari raya nanti jangan lupa ziarah kubur Farah ye mak. Mesti masa tu nanti mak nampak cantik dengan baju baru kan, lagipun hari raya dah tak lama lagi. Mak, nanti mak masuk dalam bilik Farah dan buka kotak berwarna biru tu ye. Kat dalam tu ada baju raya mak yang Farah jahit khas untuk mak. Farah nak mak pakai baju tu di hari raya pertama nanti. Walaupun Farah tak sempat nak tengok mak pakai baju tu tapi Farah akan tetap rasa gembira mak.
Lagi satu mak, nanti kalau mak rindu Farah, mak peluklah teddy bear Farah yang kat atas katil tu ye. Mesti mak Nampak comel masa tu kan.. Apa-apa pun mak, Farah sayang mak.. Izinkan Farah pergi dahulu sebelum mak..
Salam sayang…. FARAH LIYANA~~


p/s: cerpen pertama yang aku publish... huhu.. kompem2 la ade banyak kesalahan suku kata kan.. btw, im just trying... 

Sunday, 27 November 2011

10 PERKARA BUAT LELAKI ITU RUMIT

Assalamualaikum...


1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar..

Alasan lelaki....

Assalamualaikum..

Alasan pakwe kalau tengah keluar dengan perempuan lain... Awek dok umah diam2, dia lak dok merayap sakan.... Grrrr!!!

1) I sibuk sekarang, banyak kerja... Malam nanti kita msg k.. I kerja keras sebab nak kumpul duit kawen kita gak kan syg...
2) U dah makan ke? Malam nanti kita makan sama2 ye... Sekarang bz sikit.. Bye..
3) Sorry lah tak angkat phone masa u call, I kat toilet tadi..
4) Kereta kawan I rosak ni, I on da way nak tolong dia.. Nanti kita jumpa k syg..
5)Ohh.. itu suara pelayan kedai jam.. Kawan I beli jam tadi... I temankan saje..
6) Sorry la, I tak perasan U msg tadi... I silent hp, maklumlah baru pas melawat makcik I sakit kat hospital tadi.. Kat hospital kan takleh bising2.. Hope U faham..




p/s: Mesti dak laki tak puas hati an? Bia la, ade Cik Chenta kisah?? Lalalalalala~~


****SEKIAN****

Saturday, 26 November 2011

Cik Chenta Kata..

Assalamualaikum...

        Hi semua, apa khabar? Dari semalam Cik Chenta dok explore camne nak mencantikkan lagi blog ni... Memang banyak yang best2, tapi susah meyh nak wat... Al-maklumlah tenet kat sini agak slow sangat so susah sangat nak buka banyak2 page... wakakah.. Jeles kot tengok blog orang yang cantik2 tu (tau la diaorang dah pro, saye budak baru belajar) kih3...
       Okies, kita tutup pasal blog..... Sekarang Cik Chenta nak buka cite pasal RAGAM CUSTOMER  kat kedai Qaseh ni lah.... Wakakah.. Macam2 ragamnya,,:

1) Tudung yang ada manik2 takda ke? ( memang kat sini jual tudung kosong, dia g tanya yg manik2 lak.. saje mencabar iman la tu =..=')
2) Tudung ni besar sangat la, saiz kecik lagi takda ke? ( Cik kak, besar apanya tu? Saiz M ja pun.. Dah tau tudung tu mmg saiz M n L ja yg ada, g tanya saiz S tu nape? Lagipun, kita bertudung ni nak tutup dada... bukan berfesyen.)
3) Mahal sangat la tudung ni, kat pasar malam RM10 ja.? (Ok, fine.. Cik kak pegi la pasar malam cari tudung.. Kat sini bukannya tapak free nak jual murah2 sangat.. Bil air, bil api, sewa kedai n gaji saye ni sape mau bayar kalau tudung jual murah2?)
4) Kenapa saiz mukanya besar sangar, kalau kat Ariani muat2 muka je? ( Cik kak, kalau buat muat2 muka kang lagi payah.. orang yg tembam tu camne? Jangan nak fikir kemudahan diri sendiri ja.. )
5) Kenapa kat bawah tudung ni jahitan geding2, yang tegak je takda ke? Nampak mcam tudung murah la geding2 ni... (Oit Cik kak, tu fesyen sekarang la geding2 tu... Yang tegak aje tu fesyen lama.. Adoinye...)
6) Kenapa bila awak pakai nampak comel je, saya pakai tak nampak comel pun? ( Sebab saya memang COMEY... hahahahaha)

Adeh... Itulah antara ragam pelanggan yang sempat Cik Chenta tuliskan.. Nanti Cik Chenta cite lagi k...

p/s: Setiap jawapan tu cuma jawab kat dalam hati ja.. Tak terluah kat mulut.... huhu

***SEKIAN***


Thursday, 24 November 2011

Perbualan antara Single dan In A Relationship

Single                  : Hi, kenapa kau termenung saje?
In A Relationship : Hi, entah la.. Aku cuma memikirkan nasib aku saje..
Single                  : Kenapa dengan nasib kau? Aku kurang faham la...
In A Relationship : Sebelum aku jawab soalan kau, aku nak kau jawab soalan aku dulu.. Kau bahagia ke jadi single?
Single                  : Eh, mestilah aku bahagia... Semuanya untuk aku, aku tak perlu berkongsi dengan orang lain yang belum tentu jadi suami atau isteri aku lagi... Contohnya dari segi  masa, wang, perasaan, hati, tenaga dan lain2. 
In A Relationship : Sharing is caring la... Tapi kau tak sunyi ke hidup single. Sampai bila kau nak single? In A Relationship macam aku kan kalau ada masalah mesti kongsi sama2 dan boleh selesaikan masalah tu sama2.... Tapi kadang2 masalah tu tak boleh selesai pun, akan jadi makin rumit ada la. Itu yang kadang2 buat aku tak bahagia.. Kadang2 aku terfikir juga nak jadi single macam kau, tapi aku takut nak hidup single..
Single                  : So ini lah masalah kau sekarang? kau tak bahagia? kenapa pula kau nak takut hidup single? Mesti kau fikir kau takda tempat mengadu nanti kan? Ala, kau tak payah fikir semua tu.. Dulu sebelum kau In A Relationship, kau Single macam aku juga kan.. Boleh ja kau bahagia dulu. Sekarang ni aku nak kau fikir baik2 sebelum buat tindakan.. Memang jadi Single ni bahagia.. Tapi sampai bila aku nak Single kan.. Aku nak jadi macam Married juga, ada keluarga dan anak2.. Mencipta sesuatu persahabatan atau perhubungan itu memang mudah... Tetapi untuk mengekalkan sesebuah perhubungan itu yang sukar.. Bukan mudah nak jaga hati orang lain di samping hati kita sendiri... 
In A Relationship : Wah, pandai kau bagi nasihat kan.. Aku akan cuba buat yang terbaik untuk kekalkan hubungan ni.. Aku sayangkan hubungan ni, aku harap sangat yang aku tak akan disia-siakan...
Married               : Oit, kat sini korang ye? Dah puas mengumpat ke? Hahaha... Cik Single oi, bila kau nak Married macam aku? Tak sabar aku nak makan nasi minyak ni...
Single                  : Nasi minyak aku ye? Tunggu la sampai ke tua.. Tah ada tah tidak.. Hahaha.. In A Relationship ni yang kau kena tanya bila nak Married macam kau. Bukannya aku, tau tak.
Engaged              : Amboi2 korang, suka2 je nak Married terus.. Korang mana boleh langkah aku, korang kena Engaged dulu la...
Married               : Boleh je langkah kau.. Aku dulu dari Single terus Married ja.. In A Relationship aku langkah, Engaged pun aku langkah.... Hahaha
Divorced              : Jangan terlalu megah Married, bila2 masa je kau boleh jadi macam aku kalau kau tak jaga bantera kau dengan baik..
In A Relationship : Sabar la Divorced, setiap yang berlaku ada hikmahnya... Apa yang penting adalah KEBAHAGIAAN di dunia dan akhirat.. Andai kata tak bahagia di dunia, berusahalah untuk mendapat kebahagiaan di akhirat sana.. Allah Maha Mengetahui.. CINTA pada Allah adalah yang UTAMA..


p/s: Rekaan semata2, tiada kaitan antara yang hidup atau yang sudah meninggal.. PEACE =)


*****SEKIAN*****




Air Mata

Assalamualaikum...


Hari ni Cik Chenta sedih sangat... Tah la... Bukan sedih sbb sedih, tapi sedih sbb geram... Cik Chenta geram sangat dengan perangai anak cina kedai sebelah ni... Suka2 je wat kat Cik Chenta mcm tu.. OK Fine, ada pihak yang mengatakan Cik Chenta yang salah... Nak mengadu pun takde tempat, hmmm biarlah.... Bila Cik Chenta nangis ada yang kata Cik Chenta ni tak cukup cekal la, manja la... bla3...... 








Nak share sikit kenapa wanita mudah menangis... =)



Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:
“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Wednesday, 23 November 2011

Cappuccino~~

Assalamualaikum...

Hai semua... Tetiba je Cik Chenta rasa nak buka cite pasal Cappuccino.... hihi.. Rindu Cappuccino Sintok.. waaa.. (Uik My Laling, bila nak bawa Cik Chenta minum Cappuccino lagi)... Saje nak share info tentang Cappuccino....








Calories

A 12 oz. cappuccino with soy milk contains 64 calories. A 12 oz. cappuccino with nonfat milk contains 75 calories. A 12 oz. cappuccino with whole milk contains 120 calories.






Carbohydrates

Most of the carbohydrates in a cappuccino come from the carbohydrates in the milk. A 12 oz. cappuccino with soy milk contains 9 g of carbohydrate (7 g sugar). A 12 oz. cappuccino with nonfat milk contains 11 g of carbohydrate (9 g sugar). A 12 oz. cappuccino with whole milk contains 10 g of carbohydrate (9 g sugar).

Protein

The milk in a cappuccino contributes a small amount of protein. A 12 oz. cappuccino with soy milk contains 3 g of protein. A 12 oz. cappuccino with nonfat milk contains 7 g of protein. A 12 oz. cappuccino with whole milk contains 6 g of protein.

Fat

Fat content varies widely based on the type of milk used. Cappuccinos with nonfat milk are fat free. A 12 oz. cappuccino with soy milk contains 2 g of fat (0.2 g saturated fat). A 12 oz. cappuccino with whole milk contains 6 g of fat (4 g saturated fat).

Vitamins/Minerals

Cappuccinos are not considered nutrient dense. The main vitamin found in cappuccinos is Vitamin A, which is a fat-soluble vitamin that aids in cell metabolism. A 12 oz. cappuccino with soy milk contains 6 percent of the recommended daily value (DV). A 12 oz. cappuccino with nonfat milk contains 9 percent DV. A 12 oz. cappuccino with whole milk contains 5 percent DV. As for minerals, cappuccinos with nonfat milk and whole milk are high in calcium (20 and 23 percent DV, respectively). Cappuccinos with soy milk contain a moderate amount of calcium (16 percent of daily value) and a small amount of Iron (3 percent of daily value). Calcium helps maintain bone and teeth health. Iron transports oxygen through the blood.

p/s: Jom Cappuccino secawan.. =)

Saturday, 19 November 2011

Update... ^____^

Assalamualaikum.....

 Selamat berhari minggu semua... hmmm, malas betul la nak update2 ni... bukannya Cik Chenta jarang on9, cuma jarang nak bukak blog ni je... hihi.. Masa awal2 dulu ja rajin update, now......tangan ni rasa berat ja nak menaip kat sini... kui3... kesian blog Cik Chenta nie kan.. @___@

Hari ni rasa mcm rajin lak nak berkongsi cite, al-maklumlah... takde sape yg nak berborak panjang ngn Cik Chenta di pagi2 Ahad ni... My Mucuk biasalah pagi2 Ahad ni, dok dalam kelas dengar lec dia bersyarah... haha...Gud luck ye my dear.... <3 <3 <3

Kisah seterusnya adalah, sekarang ni musim cuti sekolah dah bermula... Haish, yg jadi masalah bukan pe... Banyak jemputan kenduri perkahwinan yang Cik Chenta tak dapat nak g (kerja punya psl la, sbb tu tak dpt g).. Rugi lorh terlepas mkn free... hihi.. Tambah jadi masalah lagi bila ada kengkawan yang jemput Cik Chenta g majlis tunang diaorng... Hal ni lagi jadi isu, SAIKO kot... Kawan2 ramai yg dah tunang, Cik Chenta ni bile lagi?? Waaaaaa... Tahun ni diorng ajak majlis tunang, tahun depan lak ajak mjlis perkahwinan.... Waaaaaaa, tambah kuat la Cik Chenta meraung panggil mak suh nikahkan saye.... kih3.... Boleh ke mcm tu? lalalalala~~~

 Nie Cik Chenta dok bergambar ngn kawan Cik Chenta yang bertunang minggu lepas... Hujung tahun ni dia dah naik pelamin... Cik Chenta nak jadi pengapit boleh tak?   lalalalala~~  =)


Kisah seterusnya...... to be continue... wink2...




Tuesday, 13 September 2011

kalo nak cemburu leh tak???

Assalamualaikum...

                     Hmmmm.... actually, cik chenta tak tau nak tulis ape da... cume, perlukah cik chenta rasa begini? Nape cik chenta perlu rasa curiga je ek?? hmmmm...... ade sesape leh tolong fikir kan tak?


Saturday, 27 August 2011

Nak raye dah

Salam semua....


Malam ni tetiba lak rase mcm rajin je nak menconteng kat sini... Raya dah nak hampir ni, tapi kan.... baju raye cik chenta takde ag... my mum tak jahit kan lagi.... ni mesti jadi kes mcm raye dulu2 la... mlm raye baru baju siap... hmmm... by the way, cik chenta nak ucpkan selamat hari raya kepada semua....



Thursday, 2 June 2011

Praktikal

Assalamualaikum...
Wah.... mood cik chenta sekarang ni, mood praktikal.. cik chenta praktikal kat  company TM Point Seri Iskandar, Perak... Nak kata banyak sangat kerja, takde kerja pun... huhu.. Kadang2 tu cik chenta dah macam bos besar lak... duduk goyang kaki jek.. ekekekeh.. Tapi bosan gak bila takde keja, takkan nak duduk saje je 8 jam tu... haish, wahai bos ku... bagi la cik chenta ni kerja sikit.. hihihi... Macam2 gelagat org yang cik chenta nampak.. terutamanya gelagat pelajar2 uitm tu la... bila lalu je depan cermin opis tu... mula la dok betul itu ini.. kami kat dalam tu jadi geli hati tengok diorng.. hahaha.. cik chenta hairan gak, nape cik chenta takde keja??? sedangkan kawan2 cik chenta banyak je keja.. hmmm, mungkin sebab company cik chenta kecik kot.. ekekeh.. Pape pun, cik chenta enjoy keja kat situ coz takde tekanan... yang jadi masalah sekarang ni, pengangkutan pergi dan balik.. adik cik chenta dah takmo hantar amik dah.. adehhh, cmne ni??? takmo naik bus!!!!! tak suka!!! takmo naik motor coz takut kenderaan banyak.. ekekeh...

Monday, 30 May 2011

Malam berinai

Assalamualaikum,
Pe yang korang terfikir bila bace tajuk entry ni?? Mesti tak sabar nak bace kan? hehehe.. Saje je wat gempak... (selalunya malam berinai ni utk org yang nak kawen ja... ekekeh) Tapi siyes, malam ni Cik Chenta berinai, saje suka2.. Ingatkan hasilnya memuaskan hati la... tapi, perhhhhhh.. menyesal sgt2... Mana taknya, cik chenta tak tau lak inai tu jenis cepat merah.. so, cik chenta pakai la lama2 sampai kering.. lastly, bila basuh... kuku jari cik chenta dah macam kuku budak2 gothic ja.. hampir hitam dah... adeh, malu kot... camne nak g report duty praktikal nanti? mana nak sorok jari??? Padan la muka cik chenta kan?? sape suh gatal2 pakai.. hahahahaha..... kes2 yang cik chenta lalui bersama "inai" hahahaha...
Kes 1: Inai lukis
Tetiba teringat kes cik chenta wat inai lukis (macam india selalu pakai tu) di tangan masa kat Sintok... Punya la bf cik chenta marah, setengah jam dia membebel pasal inai tu... Mood nak makan sama pun hilang (dah kena marah kan?? mesti hilang mood).. Pas kena marah tu, cik chenta diam ja... bf cik chenta cakap ape pun, cik chenta tak jawab... muka pun tunduk kat meja ja.. (padahal dah menangis dalam diam, ekekekekeh).. Bukan setakat sejam setengah tu ja bf cik chenta membebel, selagi inai tu nampak kat tangan la... ada la dalam seminggu.. bila dia nampak ja inai tu kat tangan cik chenta, mula la dia geleng kepala... hahaha... Nak wat cmne?? dah terlukis kat tangan, tak kan nak potong tangan kot kan.. huhuhu... tapi cik chenta janji la ngn dia yang cik chenta tak akan wat lagi, kawen nanti je la lukis inai satu badan.. (boleh kah???) hahahaha
kes 2: Pemprosesan inai
Kes ni memang lawak... Siap ade yang tarik muka lagi.. huhu.. kes ni melibatkan cik chenta, ecah (my rumate), nad n fatin.. kejadian ni berlaku kat rumah cik chenta.... diaorg semua tido kat umah so malam tu kami nak berinai la... ade yang bagi pendapat suh blander ja inai tu, then ada yang kata boleh ke?? pastu yang si bendul, g ikut la... hahahah.. blander punya blander, tak hancur mana pun.. last2, lesung batu gak jadi mangsa... sambil2 dok menumbuk lesung tu, kami dok cakap2 la pasal inai dan blander tadi sampai gado kecil gak la.. alih2, sorang member cik chenta tarik muka masam n merajuk takmo pakai inai...Majuk la kawan, ekau jugak yang rugi... ekekekehh.. (watak dah perwatakkan adalah rahsia)
Tamat dah kes inai.... =)



 Inai Lukis

Inai semua jari... ekekeh..

p/s: Wahai kawan2ku, kalau korang terbace entry ni n kalau korang rasa korang ade kat dalam kes tu... maaf la ye, cik chenta saje nak imbas kenangan kita bersama.. =) muahhhhh...

Friday, 27 May 2011

Tercapai akhirnya

Assalamualaikum....
Akhirnya tercapai juga hasrat Cik Chenta nak bergambar sakan kat sekitar kawasan UUM ni.. ekekehh.. thanks lot to my rumate n my dear =).. Dalam heppy2, ada sedih gak... Kat sini Cik Chenta ade masukkan gambar2 berkenaan.. huhu






Actually ade banyak lagi, cukup la yang ni ja Cik Chenta upload k... yang lain tu, tengok sendiri2 ja.. ekekekeh.. Esok last day kat UUM, nak balik umah dah... akhirnya penantian jadi kenyataan... ekekeh

p/s: kepada rakan2 seperjuangan, kat sini Cik Chenta menyusun sepuluh jari memohon maaf andai ada terkasar bahasa.. kita kadang2 tak sedar kita dah sakitkan hati orang.. so, i'm sorry ok.. =)

Tuesday, 24 May 2011

Complete sudaa...

Assalamualaikum,
Cik Chenta dah berjaya menghabiskan final exam... sekarang ni masa lepak aje kat bilik, mana tidaknya... nak balik rumah lambat lagi.. haishhhh.. Cik Chenta dok layan FB dan game NFSMW (ekekekeh.. tau ke?) Actually, bosan gak duduk sini.. kalau dah balik rumah tu, boleh la Cik Chenta merayau sana sini.. (wat ngabih je kan??) Cik Chenta pun tak tau nak cite pe sebenarnya... huhuhu

p/s: Wahai rumate cik Chenta, jom la kita pergi jalan2 pusing2 UUM ni.. bosan la tido ja kat bilik.. =)



Besday..

Assalamualaikum...
Hari ni besday my mum, wish heppy besday to my mum k.. huhu.. Hari ni jugak, ramai kawan2 cik Chenta yang dah nak balik rumah.. haishhhh, jeles maaa... Cik Chenta kena tunggu lagi 4 hari.. huhu... Aktiviti Cik Chenta hari ni adalah nak g snap kat sekitar kawasan UUM ni, nak mencipta memori sebelum balik.. ekekekeh.. wahai rumateku, jgn wat2 lupa lak ye.. huhu..


Kemas barang.

Assalamualaikum..
Aktiviti Cik Chenta malam ini adalah mengemas barang2 yang nak di bawa balik... Buku2 dan nota2 yang lama telah dikemas, tinggal kotak kecik ja (wah, mudah nak bawak balik nanti). Cuma tinggal kain baju je yang tak masuk beg lagi (kalau dah kemas baju awal2, sok lusa nak pakai ape). Baju2 tu nanti la, hari Sabtu nanti ke... ekekekeh.. Actually, jeles kot tengok orang lain berkemas... tu yang Cik Chenta n rumate dok sibuk berkemas jugak.. (sedangkan balik lambat lagi). mulai esok, ramai yang akan meninggalkan UUM ni... orang lain dah pakat balik dah, cik Chenta n rumate ja yang sayang UUm ni.. ekekehh (padahal, terpaksa rela...) K, la.. cik Chenta nak g basuh tikar lak... rumate cik Chenta dah jerit2 kat bilik air tu.. esok lusa cik Chenta tulis ag k... 
muahhh =)

p/s: kepada rakan2 ku, semoga selamat pulang ke kampung halaman... jaga diri baik2, ade rezeki kita jumpa lagi... SELAMAT BERCUTI =)

Sunday, 22 May 2011

Almost complete~~~

Assalamualaikum....
Dah hampir 3 tahun Cik Chenta menetap di bumi Sintok ni... seminggu je lagi cik Chenta akan meninggalkan bumi Sintok ni buat selamanya.. (hantar report nnti, datang balik.. ekekekeh) tak sabar rasanya nak balik rumah, sebab...............cik Chenta berhasrat nak bawak balik anak kucing UUM ni 2 ekor...  my mum pun ok ja (lagi berbunga hati cik Chenta).. 23 May ni last exam, yeahhhh... lepas tu cik Chenta akan mula mengemas barang2, pastikan tidak akan ada yang tertinggal.. jauh kot kalo nak g amik balik kalau ada yang tertinggal... Cuma kenangan cik Chenta je yang tertinggal kat sini.. (i will miss that, kenangan pahit dan manis sebagai seorang pelajar UUM). By the way, banyak manis dari pahit la kan... Takde sape nak ingat kenangan pahit.... huhuhu... Hope sangat lepas ni cik Chenta akan dapat kerja yang 'masyuk'.. Leh tolong family, al maklumla... Cik Chenta abis belajar, adik cik Chenta lak sambung diploma... The most important is cik Chenta nak kumpul duit beli kereta, rumah n duit kawen la... (awww, berangan nak ade rumahtangga sendiri dah).. Kepada bakal suami ku, jangan tunggu lama2 sangat tau... nanti Cik Chenta rindu awak... kita duduk jauh, susah nak jumpe dah.... hope pas awak abes belajar, kita terus kawen k... (ekekekeh, gatal lak...) Pe lagi Cik Chenta nak mengarut ari ni ye? hmmmmm (fikir2).. cukup la kot setakat ni... esok2 sambung lagi k... muahhhhh =)


P/S: Khas buat rakan2 UUM especially Blok C, dpp Proton.....


Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu



Wednesday, 18 May 2011

tak bertajukk...

Assalamualaikum....
Cik Chenta dah lama tak update blog ni... hmmm, kadang2 rasa mcm takde keguaan lak... haishhh.. tapi kadang2 rasa perlu... cmne ni? tapi siyes, mlm ni rasa sunyi sgt...... (Sunyi tau tak!!!!!) 
Cik Chenta perlukan sesorg untuk berborak, berkongsi pengalaman seharian ni... hmmmm, tapi di manakah org itu?? tidak kelihatan sepanjang hari... apakah petandanya??? Cik Chenta sedey tau... 
Nak kongsi cite kat sini la..... kul 2.30pm tadi Cik Chenta ada exam kat DTSO, UUM... dan2 la hujan lebat masa nak g tu.. dah la tak bawak payung... (cuba bayangkan)
Pecut 100 meter la jawabnya bila turun bus nak nuju ke dewan tu... hmmm... basah lenjun kot.. dah la dewan tu sejuk... haishhh... malang tul... balik2 je exam tadi Ci Chenta terus mandi, takut demam... alih2, mlm nya sakit kepala, badan mula rasa tak sedap... hmmm... pe ag, tido lena la.... hahaha.. hope tak demam la... wish me luck k... hakhakhak... 

Tuesday, 22 March 2011

sifat melalui insur tanah, angin, api dan air

Assalamualaikum...


ternyata aku TANAH~~



Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. 
Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melaku kan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan.
 Oh ya! Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan jedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.